20/JohorBahru,Malaysia/A blogger since 2008/Professional and Intellectual Accountant to be.

Risau!

Okay.
Malam ni nak kena tidur awal.
Esok kena bangun pagipagi, nak buat passport.
Takut ramai orang.
Nanti nombor habis.

Doakan saya yee, saya harap sangat dapat renew passport nih :')

Goodnite, take care <3

Random post.






Fried Ice cream <3 Ahhhhhhhh sedapnya! Saya suka saya suka! Tak tau lah kenapa, tapi sejak ikut ayah pergi Giant every weekend, mesti beli fired ice cream kat Mr. Magic punya stall tu. Wajib! I love enyhthing that has to do with ice cream heheh :DD

Dailyfresh's Icekimo <3 Haaaa ni pun saya layan! Takde lah sedap mana tapi entah, suka beli. Saya suka flavour soursoup. Mmmmmm. It does not melt easily lah, thats why kot :) OK dah, tu je dila. Kau tu dah la suka makan. Nanti ntah apa lagi makanan kau promote kang :P

Rupa-rupanya.

Oh okay.
Semakin lama kita hidup,
Semakin banyak kita tau pasal diri kita.
Apa kelebihan kita, kekurangan, keistimewaan, kepelikan ha semua tu lah kan.

Aku pun sama.
Semakin banyak dugaan yang Tuhan beri kat aku,
Semakin aku kenal diri aku yang sebenar.

Tambahtambah lagi bila aku dah duduk kat banyak tempat kan.

DUA, SAKTI, PLKN, KMJ

And of course, bila berhadapan dengan situasi situasi yang macam macam lah.

SEDIH HAPPY KECEWA LONELY MARAH dan seangkatan dengannya.

Yeah, terima kasih Tuhan.
Aku semakin kenal diri aku ni.

Rupa-rupanya.
Aku seorang yang agak PUNCTUAL lah.
seriously tau.
I dont like to wait for people, and I dont want people to wait for me too.
Kalau ada event pukul 10 pagi, memang Insya'Allah aku datang tepat pada masanya.
Kan senang.

Rupa-rupanya.
Aku seorang yang BIJAK BERKATA-KATA. (boleh lahh)
Dont get me wrong guys, maksud aku..
Kalau aku ada masalah, aku tak rasa kekok nak bercerita kat orang.
Senang je untuk aku nak bercerita kat orang sebab kalau aku nak bercerita,
memang aku akan pakai ayat yang sesuai lah untuk dia senang nak faham cerita aku tu.
Aku tak cerita merapu rapu. Apa yang aku cerita tu ada flow nya.
Bukan main hentam je. I will go slowly, from A till Z.
Andd, kalau kawankawan aku ada masalah, aku memang boleh lah bagi nasihat.
Kalau orang tu ada masalah, kita tak boleh tegur dia tau,
kita kena bagi words atau action yang dia perlu buat lepas tu.
Bukan blame dia atau pun cakap " Ha tu lah kau, sapa suruh kau buat macam tu "
Tak boleh tau. That's a BIG NO.
Ha macam tu lah.

Rupa-rupanya.
Aku seorang yang suka MEMBERI ARAHAN/MEMIMPIN.
Yeah, aku tak kata aku hebat. Aku tak kata aku leader yang baik jugak.
Tapi, aku rasa aku boleh memimpin orang. Dengan cara aku sendiri.
Aku tak suka lah kalau sesebuah organisasi tu huru hara takde arah tuju.
Atau pun, leader tu haprak tak boleh pakai.
So why not aku je yang memimpin kalau aku rasa aku ada the guts to lead people kan.
Ecececeh. Aku suka benda tu teratur.

Rupa-rupanya.
Aku seorang yang CEPAT KESIAN.
Haihh, aku tak boleh tengok orang susah, orang cacat, orang tua yang sakit ke etc.
Aku mudah menitiskan air mata untuk orangorang macam ni.

Rupa-rupanya.
Aku boleh tengok cerita seram tapi aku tak boleh belah kalau ceritacerita bunuhbunuh orang dengan cara yang sangat tak patut tu.
haaa contoh ; SAW, FINAL DESTINATION dan seangkatan dengannya lah.
Ishh tak takut ke?
Kejam sangat lah, aku tak boleh hehe.
Aku rasa macam aku yang kena, bukan orang yang dalam cerita tu, lol.

Rupa-rupanya.
Aku seorang yang SUKA MENELITI/MEMERHATI orang lain.
Haaa ni bahaya sikit.
Sebab bila aku dah memerhati, and kalau ada benda yang aku tak puas hati,
aku terus kutuk orang tu. tapi dalam hati je lah hahaha.
Aku cuba nak elak, tapi.. memang dah macam tu nak buat macam mana.
Tapi apa pun, aku cuba untuk bersangka baik :) chill lah.

Rupa-rupanya.
Aku seorang yang BERANI.
Ni paling ketara kot sepanjang aku kat KMJ.
Aku tak kesah kalau dicabar kena pergi kat lelaki tu, cakap I LOVE YOU ke apa.
Aku berani jumpa lecturer, minta maaf kalau aku ada buat salah ke apa.
Aku berani cakap kat khalayak ramai.
Come on, kalau kita berani, memang kita akan rasa puas.
Sebab semuanya macam kat hujung jari je.
Hhaha.

Rupa-rupanya.
Aku seorang yang PERAMAH habis.
Ha ni bukan rupa-rupanya dah, ni dah memang.
Kalau tanya kawankawan dulu, lagilagi masa kat DUA tu.
Confirm dorang cakap ;

dila ni happy go lucky, dila ni lawak, dila ni best cot cet cot cet

Hmm betul lah tu.
Aku suka buat orang ketawa sebab aku.
Aku pun cepat mesra, aku boleh sekepala ngan sesapa pun.
Aku suka buat kawan lah. Best apa :)
Tapi jaga jaga tau.
dalam ramah ramah kita pun, mesti ada jugak kita terbuat orang benci kita kan.
I know.

Rupa-rupanya.
Aku seorang yang PEMENDAM.
Selalunya, orang yang happy go lucky ni, kalau dia ada masalah,,
dia tak berapa nak cerita kat orang.
Aku pun macam tu. Ntah lah aku pun tak pasti kenapa.
Tapi memang betul, I'd rather keep the problems to myself.
Tapi orang boleh tau kot kalau aku ada problems.
They can see it through my face haha.
Dahii berkeruttt je memanjangg kann.
Tapi, apa yang aku pendam ni pun boleh memakan diri aku jugak.
Sakit tau!

Haaa, up till now,
ni je kot yang aku dapat discover pasal diri aku.
Memang ada banyak lagi.
Tapi, biar lah aku je yang tau. Personal! hehe.

Till then, take care <3

Dear John,

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA T___T
kenapa aku masih nak tengok cerita ni?
over and over again.

Mungkinkah kerana Channing Tatum yang hot gila tu?
Atau mungkin kerana Amanda Seyfried yang pun hot jugak tu?

haha no lah. semua tu merepek je lebih.




Dear John ni sangat sedih.
One of the love stories yang memang wa respect lah.
Dah berbaldi baldi dah air mata wa.
Haha kenapa wa emosional sangat pun wa tatau lah kan.
Haiihh.

// sayangnyaaa lelaki tu kat perempuan tu kan //

Laugh a little.

HAHAHAHHAA.
Bila baca postpost dulu kan,
Dengan gaya penulisan yang ntah apa apa.
Dengan short form nya lagi.
Ntah pape lah, puh-lease!
Gelak habis habisan tau tak.
Memang masa tu tak matang lagi kan.

Tu lah bezanya dulu dan sekarang.
Dulu ada orang nak comment but now, dah tade dah hahaha.
Tak kesahh.. Wa coool jeee :DD



Haaaa I got to do something, to cheer up my mood.
Takkan lah nak sedih je ni.
Dah 10 bulan berlalu.
Adoiii apa lagi aku kena buat ni.
Dah macam macam kaedah aku cuba eiii.

From the bottom of my heart.

I am not a good blogger.
I dont have any gempakgempak stories for me to write.
I only write about me, myself. And, what is happening around me.
I write whenever I want.
And I just write whatever I want.

Sometimes, I do feel jealous looking at other people's blog.
Their blogs are very attractive, and of course lah ramai followers hehe.
I dont like those fancyfancy layout.
Imma simple person, just look at my blog. Kan?
suciii jee hehe
Sedar tak sedar, I became a blogger since 2008 already.
Up till now, baru 200 lebih post je. (Banyak yang dah delete sebab entah pape kan)

But it's okay.
Ada ke takde orang nak baca,
I will continue to post.
Kenapa susah susah nak fikir apa pandangan orang lain kan?
I write stories too. So tade banyak beza pun :)

Ini bukan menagih simpati, Ini hanyalah luahan rasa tidak puas hati kepada blogger yang lain wahahaha

Happy Belated Birthday Mom!


Happy Birthday to you!
Happy Birthday to you!
Happy Birthday to Mama!
Happy Birthday to you!




Ma, hope u had a great birthday!
May Allah bless you with happiness and health.
Take great care of yourself.
I LOVE YOU!
Stay cun!

xoxo, Dila <3

Just because of an SMS.



Hanya kerana sms tu.
Aku excited tak tentu pasal.

Hanya kerana sms tu.
Aku menunggu lagi sms sms yang seterusnya.

Hanya kerana sms tu.
Aku boleh tau khabar kau sekarang.

Hanya kerana sms tu.
Aku puas hati, sebab dah lama aku tunggu.

Hanya kerana sms tu.
Aku jadi rindu gila kat kau.

Dan hanya kerana sms tu.
Aku makin tak boleh melupakan kau.

Bukan mudah.

Sorry, aku bukan tanak reply.
Tapi aku tak sampai hati tengok diri aku sendiri.

Mungkinkah?

All right.
Kejadian berlaku masa on the way balik Taman Perling, JB with Aten and Master.

Mas : Dila, ayam macam mana? (sambil sengihsengih konon comel lah haha)
Me : Ha? Aaaa. Entah, tatau lahh. Alaa jangan lah tanya aku.. sedih lah
Mas : Kau kenapa dengan dia sebenarnya?


Blablabla.
Dah tak ingat dah apa perbualan lepas tu.
Tapi yang penting.
Tibatiba Master cakap :

" Kau tau tak, dia tu still sayang kat kau lagi tu "

okay seriously I was totally surprised
Dah kenapa mamat ni tetiba cakap ayam suka lagi kat aku
Dah sure sure budak tu dah ada girlfriend baru kan lol
TAKKAN LAH. TAK MUNGKIN.

Eh, kau ni betulbetul lah, jangan lah mainmain dia kan dah ada awek. Mesti lah dia sayang kat awek dia tu.
tade maknanya nak ingat ingat aku lagi
(haa macam tu lah)

Tapi, Master keep on convincing aku yang ayam still syg kat aku.
Pastu adalah dia cakap a few things lagi which I'd rather keep it to myself because it is too personal for me.

okay done.
dah almost 9 months berlalu.
dan dia pun dah lama dengan girlfriend dia,
takkan lah dia boleh ada lagi perasaan kat aku.
aku tau tu takkan mungkin.
come on lah.
dia dah tawar hati kot.
takde maknanya dah.

Tapii..
apa yang Master cakap tu.. Betul ke?
Haiihh.
kalau betul, okay lahh, happy lah jugak.
tapi kalau tak betul pun, biarlah what to do kan.
Tapi bila master cakap macam tu,
tu macam member aku sedikit harapan.
Harapan apa pun aku tak pasti lah.
Bercelaru otak, bercampurcampur rasa hati ni.

Hm.
Tak kesah lah betul ke tak.
Yang penting aku masih ingat dia.
Aku masih doakan dia dari jauh.
Dan aku masih lagi sayang dia. Dari jauh.
Dia tau ke tatau aku sayang dia, tu semua tak penting.
Yang penting untuk aku, dia happy.
Biarlah dia happy dengan orang yang dia sayang,
daripada dia terus bersedih dengan orang yang dia tak sayang kan.

Tapi, I have to admit that I cried masa dalam kereta tu.
Masa master cakap macam tu.
I dont know why, I just cried.
Rasa sebak gila hati ni bila cakap pasal dia tau.
Adoiii dila, dila. Kau kan dah tanak nangis.
Kenapa ni? Kenapa susah sgt kau nak lupakan dia?

KENAPA? Mungkin aku terlalu sayangkan dia. Yes.

Bila sampai je rumah,
kena tegur dengan ayah sebab balik malam.
Actually, ayah takde lah marah sangat cuma dia risau keadaan memandu di jalan raya malam malam tu
dari bandar penawar ke JB.
ye lah, kan agak jauh.
walaupun ayah cuma menegur,
aku tatau kenapa, air mata terus menitis.
laju dan deras pulak tu. (eceh ayat tak boleh belah kan)

bila fikirfikir balik,
kenapa aku menangis eh?
macam lah sebelum ni tak pernah kena marah/tegur dengan ayah kan.
macam lah ni first time aku balik lewat.

KENAPA? Mungkin aku terlampau rindukan dia.
Dah lama sangatsangat aku tak nampak batang hidung dia kan.
Daripada masuk matriks, sampai dah putus,
and sampai lah hari pergi sakti tu.
tu lah first aku nampak dia sejak setahun lebih.

Haihhh aku bersyukur gila tengok kau.
Kau nampak sehat je.
Aku suka! Kau tak berubah pun.
still macam dulu, cuma rambut je dah panjang.
Aku tersenyum sendiri bila tengok kau,
tapi hati kecil ni sebenarnya bersedih bila teringat semuanya.

Alaaaaa, aku tade niat pun nak post pasal ni.
Tapi tangan ni gatal dah nak tulis jugak.
Dengan sape lagi aku nak luahkan perasaan kan.
Hanya dengan blog aku ni je lah baru terluah segalanya yang terpendam.

KAU, jaga diri baikbaik tau! Aku sentiasa ada untuk kau!

* Kepada sesiapa je lah yang mengenali diri ini, dan memang tau siapa watak " kau " dalam post post saya ni, jangan salah faham ye kawankawan, bukan apa pun, sekadar bercerita :) *

A trip to SAKTI

Pagipagi lagi dah bangun excited gila nak pergi sekolah haha
Then Ain datang amek, dalam kereta dah ada Lek, and Ghajen
Wahh, lama tak ketemu sama mereka!
Dalam kereta borakborak kosong,
sampailah dekat Shell Jusco
tunggu yang lain smpai then konvoi samasama

okay.
segan lahh.
nampak budakbudak laki tu semuaaa.
macam nak duk dalam kereta jee.
semua dah matangmatang berisi.
haihhh aku je yang still kedingkeding.
Dah lepaklepak kejap, baru gerak gi Kota.
Kumpul kat McD.
haaaa teringat pulak zaman bercintan cintun dulu kan
sayu la jugak hati ni.
kitorang smpai lambat sikit, budakbudak laki dah ada kat 2nd floor.
smpaismpai je, dah dengar dorang memekik nyanyi birthday song for Reza.
comel! masa bday aku tade pun orang nak memekik mekak nyanyi lagu kan. haihhh.



all right, this picture up here, kat McD
di mana berlakunya scene wish birthday Reza.
okay, ni gadisgadis yang datang.
sikit tapi best! :D

Zul (left) and Hazim (right)!
rindu korang gilagila boleh tak?
excited gila jumpa korang tauu.
Zul makin handsome lah :P Hazim makin gemuks!
haha dulu kat kelas korang lah yang suka sakat aku kan.
RINDUUUUUUUUUUU <3


Zarith!
yang memang suka panggil aku semut. sampai sekarang. lol.
thnaks temankan dan melayan perangai aku sepanjang trip to sakti ni.
kau cool! and im so sure im gonna miss you :)

okay, ini Aten.
kenapa kau makin cantik pulak aku tengokk.
eii geram!

yeahh, Ami and Opah!
they're the best juniors ever lah.
korang lah yang selalu dengar ceritacerita akak yang ntah pape dulu tu,
yang jaga akak bila akak tak sehat,
yang teman akak stay up malam malam.
semuanya korang lah
rindu gila tauuu!
bila kita jumpa masa ni, kecoh gila satu asrama kan haha.


And, all the pictures down here,
adlah gambargambar kirtorang lepaklepak kat pantai.
best best best!
sebab dah lama tak pergi pantai hehe :D





ishh geram tengok gambar Lek ni.
cantik lah!



Then, gerak pi Pasak, makan ramairamai.
Anep asyik buat lawak je.
Tak boleh nak stop gelak tau, menyampah.

eventhough hujan, basahbasah melekit semuakan,
I still had a lot of fun.
whatever it is, school is totally cool for me.
and dalam banyakbanyak kenangan,
kenangan kat sekolah lah yang paling best!
dua tahun dekat Sakti, mmg satu waktu yang singkat.
tapi kenangan kenangan kat sakti,
naaa i will never forget! ever!

To all Saktians, take good care, and keep struggling tau!
Peace!

*sorry guys lambat post, and credit to Lek, for the pictures :)





Aku tau aku kuat!

Makin lama aku hidup
Makin banyak cerita aku simpan
Simpan dalam hati je
Tak terluah kat orang lain pun
Walaupun kawan baik sendiri

Bila dah banyak rasa aku simpan
Makin penat badan ni nak menanggung
Orang kata tak elok simpansimpan
Tapi kalau kau kat tempat aku,
baru kau tau macam mana rasanya

Hati ni rasa kosong.
Kosong, kosong dan kosong.

Aku mungkin boleh ketawa.
Aku mungkin boleh senyum.
Tapi dalam hati, siapa tau?

Seribu satu rahsia aku pendam je.
Bila nak luah pun aku tatau.
Rasanya tak terluah kot :')
Biarlah rasa ni tetap dalam hati.
Kalau tu yang terbaik intuk aku.

Aku perlukan seseorang.
Bukan untuk mendengar dan memahami je.
Tapi seseorang yang selalu ada untuk aku,
Susah dan senang.

Aku tak mungkin dapat jadi aku yang dulu.
Aku tak berubah, cuma aku perlukan masa.
Masa yang sangat lama.

Bukan senang nak cantumkan balik kepingan kepingan hati yang dah hancur berderai tu.
Bukan senang.
Dah setahun lebih berlalu.
Tapi rasa tu tetap tak hilang.
Mungkin rasa tu takkan hilang?

Pengalaman dulu banyak membuatkan aku jadi lebih matang.
Baru aku sedar betapa kuatnya diri aku ni.
Aku belajar menghargai.
Dan aku sangat menghargai pengalaman tu.


Tapi aku percaya, semua yang terjadi ni mesti ada hikmahnya.
Tuhan tu lagi tau apa yang terbaik untuk aku.
Tuhan, kuatkan aku.

Pimple dushdush!

JERAWAT
BETUL BETUL KAT TENGAH TENGAH TUUU
KAT BATANG HIDUNG
ANTARA DUA MATA NEHH

AAH MEMANG LAAA SUKA KANNN

-.-