20/JohorBahru,Malaysia/A blogger since 2008/Professional and Intellectual Accountant to be.

Izinkan Aku

Ya Allah!

Sempena malam malam terakhir Lailatul Qadar ni,
Kau berikan lah aku kesihatan tubuh badan, ketenangan jiwa dan akal fikiran,
serta kurniakan lah aku petunjuk dan hidayahMu.

Sesungguhnya aku ni terlampau banyak dosa.
Terlampau banyak, Ya Allah.

Izinkan aku untuk mendekati diriMu ya Allah.
Izinkan aku untuk mengabdikan namaMu dalam hatiku ya Allah.
Izinkan aku untuk sentiasa mengingati dan mensyukuri segala nikmatMu ya Allah.

Berilah aku peluang untuk bertemu dan merasai syahdunya malam Lailatul Qadar ini Ya Allah.
Berilah aku kesempatan untuk aku beramal soleh pada malam yang mulia ini ya Allah.
Celikkan lah mata ini, Kuatkanlah tubuh badan yang lemah ini.

Insya'Allah.

No comments: